Langsuir – Fitan [EP, 2025]

Veteran Eastern Metal, Langsuir kembali dengan terbitan terkini ‘Fitan’, selepas Engkar dikeluarkan pada 2024. Dibarisi line-up terkini, dengan kemasukan vokalis dan bassist baharu serta kemasukan semula drummer, Langsuir kembali aktif selepas mendiamkan diri selepas terbitnya Engkar. Fitan diterbitkan melalui Goatlordth Records.

Kembalinya Langsuir turut menandakan era Langsuir baharu, sekalipun dengan DNA asal tetap berselirat utuh dalam setiap sound yang dihasilkan. Ini adalah Langsuir (dieja dengan huruf i) yang anda kenal pada era Dirgha Belasungkawa tetapi jugak, ironinya, adalah Langsuir yang anda belum lagi kenal. Kenapa? Pertama sekali adalah berubahnya direction dan tema Langsuir untuk Fitan. Jika Engkar berkisar tentang mitos Melayu dan jampi-serapah, Fitan sebaliknya meneroka tema jatidiri Kemelayuan (tanpa perlu menjadi taksub kepada racial superiority). Kedua, kualiti output Fitan juga jauh berbeza dengan Engkar, yang kedengaran lebih clean dan digital menjadikannya somewhat less aggressive.
Kembalinya Langsuir turut menandakan era Langsuir baharu, sekalipun dengan DNA asal tetap berselirat utuh dalam setiap sound yang dihasilkan.
Fitan menampilkan artis jemputan iaitu Shah Sidious untuk solo gitar di Iradat Kematian dan Monoloque untuk vokal syair di Di Kala Geruh Menjelma. Jika diteliti, Langsuir mula mempunyai pattern menampilkan artis-artis yang berunsur dari genre lain yang cenderung kepada stail ketimuran (Cromok dengan Thrash Metal bersalut muzik warisan Melayu dan Butterfingers dengan Grunge/Alternative diselit sound tradisional), satu hal yang diakui Bentara sendiri. Namun kehadiran mereka tidaklah mempengaruhi sangat direction EP ini.

Mari bercakap tentang kehadiran ahli baru yang mempengaruhi output Fitan. Tonggak vokal Langsuir terkini, Ad Bomohymns sering dibandingkan dengan Azlanthor sejak awal Melayu-Mystic Peninsular Tour 2025, obviously disebabkan oleh stail vokalnya yang nyata berbeza. Ad yang berlatarbelakangkan Black Metal hasil keahliannya dengan IV V I IV dan IEON cenderung dengan vokal yang barking dan shrieking, manakala, (dan saya bukan berniat untuk bandingkan siapa lebih hebat) Azlanthor seperti diketahui mempunyai low growl yang iconic dengan Langsuir. Saya tidak gemar Ad dibandingkan secara begini, lagi-lagi apabila beliau membawakan trek klasik Langsuir. Ia seperti membandingkan epal dan oren, dan sejujurnya, jika crowd masih mahukan stail vokal seperti Azlan, dengar sajalah releases yang lama! Berbalik kepada Ad, lontaran vokalnya memandu bunyi Langsuir baharu kepada stail Death Metal berbaur Black/Thrash Metal, almost Punk sebenarnya. Jika saya ingin menjadi jujur, hasil vokal dalam Fitan tidak mencerminkan kemampuan Ad Bomohymns sebenar pun. Vokalnya sekalipun garang, namun tidak dibiarkan untuk matang dan bergaul mesra dengan stail Langsuir (Fitan dirakam selepas Engkar keluar dan sebelum tour Melayu-Mystic bermula). Boleh jadi rakaman vokal ini tergesa-gesa atau Ad Bomohymns tertekan dengan perbandingan dengan vokalis sebelum ini… jujurnya, tidaklah saya tahu. Fitan bukanlah material untuk menilai beliau kerana apabila tour 2025 tamat, vocal deliverynya juga telah bervariasi dengan stail barking, shrieking dan improved low grunt turut diselit (yang jarang kedengaran dalam Fitan). Kehadiran Faiz selaku bassist pula cukup seadanya. Melengkapkan rumbling low end, namun bergerak dalam senyap (namun cerita lain pula di atas pentas!). Kemasukan semula Burning Twilight pula menjadikan Langsuir menjadi lebih chaotic. Permainan beliau yang bulldoze setiap lagu dengan intensity Black Metal (despite bermain untuk band Death Metal) kedengaran less technical, tanpa mengorbankan kejituan permainan, hasilnya mengembalikan elemen huru-hara yang mendefinisikan Langsuir semenjak era Dirgha Belasungkawa. Namun saya merasakan kualiti adunan EP ini tidak berlaku adil kepada input beliau dengan cymbals kedengaran terkebelakang. Jadinya, some creative execution melibatkan cymbals kedengaran bare dan nipis. Permainan gitar Bentara dan Mirlanast pula masih menyuntik feel Eastern seperti trek Iradat Kematian.
Berbalik kepada Ad, lontaran vokalnya memandu bunyi Langsuir baharu kepada stail Death Metal berbaur Black/Thrash Metal, almost Punk sebenarnya.
Fitan dimulakan dengan title track yang memanfaatkan sample bunyian muzik tradisional diselangi dentuman artileri, pertempuran sebelum full band menerpa masuk dengan ferocity European Black/Death Metal yang diakhiri dengan mood yang depressive. Ini merupakan trek instrumental pertama dalam diskografi Langsuir. Bentara berkongsi yang beliau mengalami kesukaran untuk memasukkan lirik untuk Fitan, jadinya hasil akhir trek ini dibiarkan tanpa vokal. Bagus juga kerana ia berhasil menentukan mood EP ini, walaupun saya tidak berkenan dengan, sekali lagi, adunan yang slightly clean dan digital. Fitan melakarkan consequences fitnah: konflik yang menghancurkan.
Iradat Kematian merupakan trek yang memperkenalkan vokal Ad Bomohymns. Vokalnya yang jelas dengan setiap sebutan, kedengaran almost seperti barking dan shrieking (bayangkan paku yang diseret atas papan) dengan vokal latar lebih rendah menyelit sekali-sekala. Permainan gitar yang sekalipun mencadangkan feel Eastern Metal (dengarkan gitar di minit terawal, anda akan faham), majoritinya kedengaran seperti Black/Thrash yang percussive dan punishing. Bonus solo gitar daripada Shah Cromok yang menikam-nikam laksana pertempuran Tuah dan Jebat. Trek ini meneroka posisi keris dalam pemakaian orang Melayu dahulu kala; keris yang menghala ke arah si pemakai bererti tak nak cari gaduh, keris yang menghala menjauhi pemakai bererti kejap lagi ada hilang jiwa. You learn something new every day!
Di Kala Geruh Menjelma merupakan trek ditulis oleh Burning Twilight dan Mirlanast yang asalnya ditulis sebagai lagu berentak Grindcore (fakta yang dikongsi sewaktu listening party Fitan).
Di Kala Geruh Menjelma kedengaran gelap dan sinister dengan intro gitar yang creepy menemani vokal Ad yang melaung-laung hey beberapa kali disusuli Black/Death Metal attack yang furious, diketuai oleh drumming Burning Twilight yang menggila. Rentak lagu berhenti di tengah-tengah dengan Monoloque bersyair kepada rentak joget Melayu sebelum pace kembali kepada Black/Death Metal dan ditutup dengan Monoloque. Di Kala Geruh Menjelma merupakan trek ditulis oleh Burning Twilight dan Mirlanast yang asalnya ditulis sebagai lagu berentak Grindcore (fakta yang dikongsi sewaktu listening party Fitan).
Air & Tanah merupakan trek paling menyinar dalam EP ini. Permainan gitar yang percussive dan bermelodik pada masa yang sama menjadikannya memorable, selain memberi homage kepada band Melodic Black/Death Metal Sweden yang underrated, Unanimated di penghujung trek ini. Pada saya trek ini mendefinisikan Langsuir era baharu; Melayu-Mystic Death Metal yang relentless dengan vokal yang membentak lirik berpuitis.
Trek penutup Nan Beradat Keturunan adalah call back kepada stail Hellenic Black Metal ala Rotting Christ yang banyak menjadi rujukan band-band Malaysia di era 90an.
Trek penutup Nan Beradat Keturunan adalah call back kepada stail Hellenic Black Metal ala Rotting Christ yang banyak menjadi rujukan band-band Malaysia di era 90an, dan saya teka turut dirujuk oleh Langsuir di awal penubuhan mereka. It’s pretty good dengan memorable opening.
Gone are the Melayu mystical touch, but it’s esentially still an Eastern Metal release. Sonically, Fitan berbunyi lebih clean dan less harsh yang melenyapkan sedikit sound Langsuir asli. Tetapi dari segi songwriting dan lyrics, ia tetap Langsuir; Melayu dan berpuitis, matang dan disertakan insight.
EP Fitan ini nyatanya bertukar direction dan approach. Thematically, ia berkisar tentang hal-hal Kemelayuan. Jika anda menelek booklet EP ini, setiap lagu akan disertakan dengan summary menjelaskan POV dan tema lagu tersebut. Gone are the Melayu mystical touch, but it’s esentially still an Eastern Metal release. Sonically, Fitan berbunyi lebih clean dan less harsh yang melenyapkan sedikit sound Langsuir asli. Tetapi dari segi songwriting dan lyrics, ia tetap Langsuir; Melayu dan berpuitis, matang dan disertakan insight. Jadinya mendengar Fitan bukan sekadar menggalakkan angguk kepala, tetapi juga membawa pendengar menyelusur kembali susur-galur Kemelayuan (kalau kamu Melayu lah) dan buat jadi ‘alamak, baru tau!’. Top-up knowledge lah kiranya. Barring all the internal struggles yang berlaku sebelum rakaman Fitan dibuat, saya percaya line-up terkini Langsuir memang bekerja keras dan berusaha untuk memodenkan approach mereka. Walaupun saya tidak berapa menggemari output yang terlalu bersih ini, (dan saya percaya producer mereka turut berhempas-pulas) Fitan adalah bukti yang Langsuir mampu bangkit dan memberi petanda menghasilkan karya lebih hebat selepas ini. Harapnya Ad Bomohymns berani menerokai stail vokal yang lebih versatil, Faiz berupaya mendominasi low end department Langsuir, Burning Twilight lebih tegas dalam mengendalikan jentera beliau, serta Bentara dan Mirlanast menjadi lebih curious dalam craft mereka agar dapat keluar daripada sekadar menjadi just another band veteran Malaysia dan menarik kelompok pendengar baharu.
Fitan kini terdapat dalam format CD, kaset dan strim digital.
FFO: At The Gates, Absu, Amon Amarth, Rotting Christ
Ikuti Langsuir di media sosial:
