Gig Report – Bumantara Vol 17: Orion

Hi semua! Gig report kali ini tertangguh lama tapi akhirnya baru ada masa nak menulis. Bumantara Vol 17 ini adalah antara gig yang kami enjoy dan teruja untuk pergi. sebab ini adalah one of the few Power Metal bands yang ada di Malaysia dan band tersebut adalah ORION!

Dengar je Power Metal mestilah bersemangat kan? Begitulah terujanya kami waktu melihat lebih kurang 13 lagu yang panjang semuanya untuk sambutan tahun ke-20 album mereka, Voyage to The Promised Land. Gig ini dikelolakan oleh Sarangbunyi Studio melalui siri Bumantara mereka. Bumantara Vol 17 ini agak istimewa jika nak dibandingkan dengan edisi yang lain kerana hanya satu band sahaja yang bermain from the start to the end bagi menyambut ulang tahun ke 20 album ini.




Show yang dibahagikan kepada dua set ini bermula kira-kira 9pm dan dimulakan dengan lagu intro dan Lord of The Lybrinth, Guardian of The Lost Souls, Journey Through The Enchanted Forest, Rainbow and Unicorns, Sacred dan Guardian of Heaven untuk set pertama. Setelah set pertama dan in between breaks, terdapat upacara pulut kuning untuk menyambut ulang tahun album tersebut dan disusuli dengan sesi soal jawab bersama para peminat. Dari apa yang dikongsikan, Orion merasakan sedikit terasing menjadi one of the very few Power Metal bands in Malaysia kerana susah untuk fit in gig-gig Metal yang selalu berfokus kepada genre seperti Thrash, Black, Death dan banyak lagi tapi tetap menyimpan rasa bangga sebab mereka memainkan stail yang jarang dibawa dalam sirkit gig tempatan. Tambahan pula memerlukan skil dan teknik yang tinggi.
Dari apa yang dikongsikan, Orion merasakan sedikit terasing menjadi one of the very few Power Metal bands in Malaysia kerana susah untuk fit in gig-gig Metal yang selalu berfokus kepada genre seperti Thrash, Black, Death dan banyak lagi tapi tetap menyimpan rasa bangga sebab mereka memainkan stail yang jarang dibawa dalam sirkit gig tempatan.
Apa yang menarik tentang Orion adalah walaupun muziknya berteraskan Metal tetapi ia menyelitkan unsur-unsur kerohanian, nasihat dan teladan. On paper, nampak macam minyak dan air; susah nak dicampurkan. Tapi sonically, it works melalui ritma yang kompleks, riff yang bergulung, drum yang berhenjut dan ditemani vokal yang nyaring.

Anyway sesi disambung ke set seterusnya dengan lagu Dawn of A New Day, Crossroad To Eternity, dan banyak lagi. Show ini berakhir pada kira-kira 11.30 pm dengan rata-rata hadirin berpuas hati menyaksikan persembahan band Power Metal veteran ini.

Orion is inspired by bands like Symphony X, Camelot, Nightwish, Stratovarius, Helloween, dan Dream Theatre dan current lineup nya ditunjangi Badang (vocals), Eddie (guitars), Bob (bass), Adam (drums) dan Baha (sequencer).

Orion juga telah memberi bayangan awal untuk mengeluarkan semula album Journey To The Promised Land ini dengan sentuhan yang lebih istimewa oleh Rahmad dari RK39 Studio. Keluaran semula ini dijangka tiba pada awal tahun 2026. Sementara itu, boleh la baca tulisan kami untuk album Journey to the Promised Land pada tahun 2012 di sini.
Ikuti Orion di laman sosial:
