Spectral Voice – Sparagmos (Full Length, 2024)
Terbitan terkini unit Doom/Death Metal AS, Spectral Voice menjadikan saya uncomfortable namun teruja. Berjudul Sparagmos, ia adalah output yang hodoh, jijik dan kejam yang delve into ritual Sparagmos; iaitu upacara korban secara mengerat tubuh badan. Sparagmos dikeluarkan pada Februari 2024 melalui Dark Descent Records. Spectral Voice turut menampillkan ahl-ahli semasa Blood Incantation.
Pada saya, Sparagmos mempunyai kekuatan sendiri mempunyai build-up atmosphere yang menakutkan.
Anyway, Spragmos adalah sonic journey yang torturing. Dengan tempo yang merangkak, downtuned gitar yang dimainkan secara sinister dan almost berbunyi cavernous (termasuk vokal yang membangkit rasa seram-sejuk) dan dram yang punishing, ini adalah album yang berbunyi massive lagi terrifying, seakan-akan menjalani ritual beyond our comprehension. Pada saya, Sparagmos mempunyai kekuatan sendiri melalui build-up atmosphere yang menakutkan. Sebagai contoh, opening track yang mempunyai feel yang distant, sebelum rumbling gitar menerjah masuk memperkuatkan feel yang brooding dan negative. Penghujungnya juga membangkitkan the fear of unknown. Pertengahan trek kedua menampilkan bunyian ritual yang uncomfortable sebelum full band masuk membedil pendengaran dengan execution Doom/Death Metal yang rumbling. Secara jujurnya, saya menyukai tone gitar Spectral Voice yang massive memandu Sparagmos menjadi destructive.
Sparagmos ditulis dan executed secara seamlessly sebagai satu cerita yang coherent; tentang mencincang tubuh badan sebagai korban ritual.
Sparagmos mempunyai dinamik yang bervariasi sepanjang 46 minit durasi album ini berjalan. Daripada merangkak lembab like a lumbering beast kepada devastatingly chaotic blastbeat, album ini have it all untuk memuaskan nafsu Doom/Death Metal anda. Dan Sparagmos ditulis dan executed secara seamlessly sebagai satu cerita yang coherent; tentang mencincang tubuh badan sebagai korban ritual. Jijik, but I like it (though I’d prefer not to go through it in real life). Yang penting, album ini bukan dikeluarkan untuk feel good atau menonjolkan kemahiran. Ia adalah manifestasi unimaginable evil dipersembahkan dalam 4 trek yang bergaung dan punishing, like a brick to your face multiple times. Again, I like the album , but also terrified of it. Recommended untuk kaki Doom/Death yang mencari sound yang ugly.
Sparagmos kini terdapat dalam format CD, piring hitam, kaset dan muat turun digital.
FFO: Disembowelment, Krypts, Eternal Rot, Evoken
Ikuti Spectral Voice di media sosial: