CD Naz – Bara : Rasa (2005)
Gua rasa terpanggil untuk buat review berkenaan album solo dari pemuzik yang menggunakan nama CD Naz ini. Berasal dari kepompong bawah tanah CD Naz nama sebenarnya Rashidi Rashid telah awal muncul sebagai gitarist band Death Metal iaitu Silkhannaz, menjadi sessionist bersama beberapa band berat seperti Koffin Kanser bersama Aru, Dragon Malaya bersama Awie, menjadi vocalist untuk album pertama Metalasia, bertindak dalam hal ehwal teknikal rakaman, gubahan lagu dan muncul dengan album solo berjudul Bara : Rasa pada 2005 yang pada gua sesuatu yang patut di perhalusi kerja tangan beliau dalam persada muzik Rock tempatan.
Bara : Rasa melalui proses rakaman di Synchrosound Studio oleh Kelvin dan Peter Chong. Track drum dirakam oleh Jacky. Peter Chong sekali lagi bertindak dalam urusan adunan manakala CL Toh dari Mastering One bertindak dalam hal ehwal mastering. CD Naz bertindak sebagai penerbit untuk album ini dibantu oleh P.E dari Infectious Maggots. Liew Voon Kee merupakan penerbit eksekutif. Beberapa musician telah terlibat sebagai sessionist untuk album ini seperti P.E Infectious Maggots, Pae dan Mie Berudu. Lirik dihasilkan oleh Zizie Hashim, PAY, Sampoy, Raysham dan Jadam.
Ok, gua cuba review secara keseluruhan dan highlight pada beberapa track yang gua rasa power. Untuk album ini gua beranggapan, ia bukan sekadar sebuah album Rock modern tetapi jika ada pemuzik, pengkaji muzik, peminat muzik atau pelajar muzik, gua pasti album ini akan dihargai dan bakal di carigali semula 10 ke 20 ke 30 tahun akan datang.. Hahaha standard orang Malaysia kalau bab music majoriti nya lambat dapat “kesedaran”.. haha..
Beberapa track hebat seperti Siapa?, Rapuh, Hilang Wanginya, Rasa, Berlari Ke Langit dan Kejora Di Sahara merupakan antara track pilihan gua. Penghasilan klip video Siapa? mungkin boleh dianggap satu promosi yang baik untuk memperkenalkan music Rock dari CD Naz. Sebuah lagu yang agak susah nak boring walaupun dah lama dengar lagu ni.
Hilang Wanginya merupakan track paling heavy untuk album ini. Gua cukup terpegun dengan susunan melodi vocal serta susun atur setiap perkataan dari lirik yang berjaya di “matching” kan dengan melodi keseluruhan track ini. Juga seperkara lagi riffing yang pelbagai walaupun penggunaan chord adalah mudah. namun seperti gua kata tadi, riffingnya agak perlu dikaji jika anda ada niat untuk jamming suka2 track ini. Ini track Heavy Rock yang menjurus ke sedikit Heavy Metal yang modern.
Rasa punya kekuatan paling maksima pada harmoni vocal dari CD Naz sendiri. Susunan lagu yang sedap. Untuk permainan instrument gua cukup suka dengar permainan drum oleh PAE. Pelbagai dan susah nak tangkap cara permainannya. haha.. Ok, sepatutnya track ini paling banyak keluar radio dan boleh jual.. Ini pandangan ikhlas gua.
Berlari Ke Langit adalah sebuah track paling bersahaja dan santai. Dengan lirik yang turut santai penggunaan tatabahasa nya, track ini dibawa dengan baik oleh CD Naz malah sempat lagi rapping sikit2. haha..
Kejora Di Sahara track ballad yang juga patut boleh jual dan paling patut kerap keluar radio. Kalau ada klip video gua dok imaginasi CD Naz sedang berpakaian serba putih bersama grand piano. kahakah.. Itu imaginasi gua ok. Ok, ini sebuah track yang bagus dan boleh layan untuk rilek2 dan boleh tahan jugak jiwangnya.
Ok, secara teknikal nya gua rasa sepatutnya album ini boleh pergi jauh. Mungkin boleh terjah pasaran Indonesia. Gua pelik di Malaysia sah sah lah geng2 yang layan Akademi Fantasia depan TV tak kenal siapa CD Naz. Gua berbicara berkenaan bakat. Album ini harus dimiliki oleh sesiapa yang menhargai music. Boleh dijadikan rujukan untuk beberapa aspek seperti melodi dan komposisi lagu. Gua boleh hidu idea2 dan pengaruh dari Queen, U2 dan music2 baru didalam album ini.
Seperkara lagi, gua tak pasti kenapa rakaman album kedua CD Naz seakan “stuck” ditengah jalan. Gua cuma boleh kongsi sebuah video klip bertajuk Terlalu Indah sebagai buah tangan terakhir dari beliau. Errr tak silap gua CD Naz juga ada cover sebuah lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Pandai2 lah cari.. Lagi gua harap akan keluar juga album kedua dari CD Naz sikit hari lagi.
Akhir sekali, gua rasa album ini masih boleh didapati di toko2 music tempatan. kalau x jumpa tu kena lah rajin2 tanya owner kedai. Hahaha.. Juga gua ada ushar website Interglobal (status dah bungkus ke belum gua pun xpasti) album ini masih lagi dijual.
Ok, kenali CD Naz melalui beberapa laman sesawang yang kami sediakan dibawah ini..