Gig Report – Particular Chamber 3
Persembahan pentas Particular Chamber kembali dengan siri ketiga menampilkan projek solo Post/Doom/Gothic/Experimental Metal, Denisa dari Indonesia di samping bakat-bakat tempatan Runtuh (Doom Metal), Dé Fusion (Post Metal), dan Solaris (Noise/Folk/Experimental) bertempat di Petai Belalang, KL pada 15 Jun 2024. Show yang berlangsung dua hari sebelum Hari Raya Korban ini berlangsung dengan kehadiran hampir full house, saya assume yang datang ni duduk Lembah Klang kot.
Saya sebenarnya terlepas set Runtuh dan hanya tiba sebaik Dé Fusion nak mula bermain. Honestly, saya excited untuk check out semua artis yang bermain (termasuk Runtuh) memandangkan saya tidak pernah menonton dan mendengar material mereka. Jadi saya treat Particular Chamber 3 sebagai medan menemui band-band terkini untuk populate playlist saya. Dé Fusion merupakan unit Post Metal dari Kuala Lumpur yang (pada opinion saya) effortlessly menjalin sound ethereal dan sludgy. Dengan permainan yang clean dan overall sound yang clear, Dé Fusion pada malam itu berjaya project emotion mereka dengan cemerlang melalui setiap nota, pukulan dan feeling sepanjang 20 minit set mereka berlangsung; tak kiralah sama terasa dilambung ke langit dengan sound yang uplifting atau menjunam kembali ke bumi dengan bunyian yang sebu. Saya kagum dengan keupayaan mereka mengendali sound di venue yang kecil dan minimalis namun berjaya command their set tanpa sebarang masalah. Daripada feel yang hopeful hinggalah kepada rasa amarah bertubi, Dé Fusion got it all and made (almost) everyone in the crowd nod their head in unison. Pada saya, band ini mengingatkan saya kepada ISIS dan Year of No Light melalui kemampuan mereka menyelit opposing feel of hope and dark at the same time. Puas hati tengok.
Menonton Denisa in action kinda feels like watching a ritual. Atau a hazy, drug induced fever dream where nothing is real.
Duo Folk/Noise, Solaris mengambil tempat sesudah Dé Fusion tamat. Saya melihat setup Solaris yang sempoi dan expect mungkin ia sekadar simple accoustic set, tapi jangkaan saya tersasar sedikit bila melihat opening song mereka Pintu Tangga Tingkat 29 yang ethereal, beremosi dan depressive melalui loop harmonic female vocals yang haunting dan voice over dialogue samples mengiringi petikan gitar akustik sebelum semua elemen converge di klimaks lagu. Opening yang beraura misteri ini membuat saya intrigued tapi sedikit turned off dengan mix sound mereka yang tak seimbang. Hilang sedikit details permainan mereka. Mereka turut memainkan single terkini I See All of You (1+1=1). Evidently single ini masih menggunakan formula yang sama seperti Pintu Tangga Tingkat 29 yang murung tapi feels less chaotic. Solaris mempunyai potensi dengan kekuatan di bahagian vokal dan ambient build-up mereka, namun ini mungkin comes with the experience bermain di banyak live show di masa akan datang. Sebenarnya Solaris mengingatkan saya kepada Sylvaine, Alcest, Vàli dan Suldusk jika band-band ini bermain fully akustik.
Dan akhir sekali adalah Denisa, headliner untuk Particular Chamber 3. Fresh daripada penampilan beliau di Hammersonic 2024, projek solo Post/Doom/Gothic/Experimental Metal ini membuka setnya dengan tirai hitam disingkap menampilkan pencahayaan bright red dengan sedikit berasap di pentas in almost ritual-like manner. Dengan The Annuler sebagai pembuka, vokal Denisa yang berbalam-balam seakan daripada old recording terasa creepy dan membangkitkan unsettling atmosphere. Menonton Denisa in action kinda feels like watching a ritual . Atau a hazy, drug induced fever dream where nothing is real. Majoriti lagu-lagu yang dimainkan bertempo lembab merangkak, dengan gitar yang hazy dan merayau dan nyanyian yang berdiri antara melodic, serak-serak basah dan juga delirious. I’m kinda into it but also repulsed (in a good way) by how dark and moody the songs could get.
Stail Denisa adalah highly experimental dengan pelbagai elemen that are not supposed to gel together but somehow made it work. Daripada vocals yang dreamy kepada almost incoherent meltdown, daripada feel good, uplifting atmosphere to crushing, lumbering guitarworks. Denisa mengingatkan saya kepada Chelsea Wolfe, Myrkur, dan A A Williams yang doomier dan sludgier. Antara perkara yang stand out tentang persembahan Denisa adalah stage presence beliau yang charismatic dan commanding; dari cara beliau berinteraksi dengan crowd sehinggalah kepada posture beliau berdiri. I thoroughly enjoyed the show and bila balik malam itu, Denisa, Runtuh, Dé Fusion, dan Solaris telah mendapat satu fan baharu (sayalah tu). Saya melihat nama Denisa mempunyai potensi untuk naik dalam setahun dua ini, dan hopefully bila dah melonjak ke stardom, sudi-sudikanlah untuk kembali ke KL for another night of hazy ritual of doom.
Terima kasih kepada Ambiearn atas penganjuran Particular Chamber 3. Kredit foto kepada Farizul Bahrudin.
Ikuti band-band dan penganjur berikut di media sosial: