Ahmad Ra1m1 – Ekam Sat Viprah Bahudha Vadanti (Demo 2014)
Gua dimaklumkan CD demo kedua bertajuk Ekam Sat Viprah Bahudha Vadanti ini telah dipos ke alamat kediaman gua. Satu cabaran sebenarnya untuk gua buat review music ambient ni. haha.. Memandangkan asyik ditujahi gegendang telinga oleh beberapa produk baru tempatan yang seangkatan dengannya seperti Sial, Delusi, gua rasa tiada masalah untuk gua review demo kedua dari Ahmad Ra1m1 ini. Untuk pengenalan music ambient Ahmad Ra1m1 anda boleh klik (SINI) untuk baca review demo pertama beliau terdahulu.
Kesemua rakaman dijalankan di Faithcraft Studio, Kangar Perlis. Ahmad Ra1m1 bertindak sepenuhnya dalam hal ehwal rakaman demo ini yang dilakukan selama 5 hari sahaja sekitar November 2014. Kesemua instruments, programming dan vocal oleh Ahmad Ra1m1.
Na Tasya Pratima Asti dari musical nya seperti biasa untuk bunyian ambient ia adalah seakan awang-awangan. Merujuk kepada penerangan pada cover sleeve, tajuk track ini lebih kepada penerangan berkenaan perkara tauhid.
Kalki Avatar track berdurasi 11 minit lebih. Menggunakan instrument gitar berdistortion yang dimainkan bersahaja. Berlatarkan sedikit bunyian seakan industrial (tidak seperti Godflesh atau Infectious Maggots) dalam tempo perlahan. Kalki Avatar sebenarnya gua seakan spontan dikala dalam penulisan (terhenti sekejap sebenarnya penulisan untuk demo ini) ada melihat sebuah video seorang ulamak yang membuat pentafsiran bahasa2 Sanskrit lama dari beberapa agama. Track ini diterjemahkan tanpa sebarang kata2 namun di tukar kepada bunyi-bunyian. Juga kearah keagamaan. iaitu berkenaan utusan terakhir. Kembali kepada bunyian yang dihasilkan mungkin kedengaran agak keras distortion gitarnya namun ia masih termaktub didalam chord2 yang dimainkan setiap instruments yang terlibat.
Narashangsa terpaksa membuatkan gua mentelaah sikit erti maksudnya di google. Ok, berbalik kepada bunyian track ini, ianya bermula dengan plucking gitar yang agak menenangkan. Ada sample yang sudah menghampiri seakan bunyian suara manusia. Ok, bunyi keyboard/synth yang gua pasti punya kesamaan dengan apa yg selalu gua dengar didalam lagu2 Au Revoir sendiri.. Hahahaha.. Perubahan mood berlaku pada suku pertama track dengan tempo sedikit sahaja lebih pantas dari sebelumnya. Ok, untuk suku terakhir track gua seakan tidak faham apa yg mahu disampaikan dengan bunyian2 yang agak menampakkan sedikit perasaan caca merba antara sesuatu yg mudah dan sesuatu yang kalut. Tak faham apa gua tulis? Dapatkan CD ini dan sila layan secara detail dan berseorangan. Hahaha..
Ekam Sat Viprah Bahudha Vadanti merupakan track kedua terpanjang. Merupakan tajuk demo ini. Sedikit industrial pada awalnya sebelum distotion gitar menyerang. Untuk penerangan maksud tajuk track ini ia mungkin sedikit “berat” untuk dihuraikan. Gua sarankan anda pembaca untuk rajinkan diri mengkaji maksud nya. Ok, ini track yang agak lain cara penulisannya jika dibandingkan dengan 3 track awal. Penggunaan banyak chord (merujuk kepada gitar dan keyboard). Gua geleng kepala juga apa yang mahu dibuat oleh penulis lagu ini untuk pertengahan lagu. Hahaha..
Secara keseluruhan, gua beranggapan CD demo bertajuk Ekam Sat Viprah Bahudha Vadanti ini memerlukan penghayatan penuh ketika mendengarnya. Perlu masa untuk mengkaji apa yang mahu disampaikan. Gua juga beranggapan adakah ini sekadar bunyian suka2 atau ianya karya yang dihidupkan hasil pertapaan untuk memasukkan maksud apa yg dimahukan kepdalam idea penghasilan bunyian. Haha pasti anda pembaca juga pening dengan apa yg gua tulis.
Seperkara lagi, penerangan2 berkenaan setiap track adalah menuju konsep keEsaan dan Tauhid. Satu elemen yang tidak ada kena mengena dengan nasyid jika dilihat pada penghasilan music nya. Mungkin juga sekadar penerangan pada cover sleeve mampu membuatkan anda pendengar/pembaca cover sleeve “dapat” sesuatu dari apa yg cuba disampaikan.
Ok, Ekam Sat Viprah Bahudha Vadanti boleh didapati dengan harga RM16 dengan pembelian secara pos. Hubungi Faithcraft Productions untuk copy anda.