The Bollocks – Society Collapse (2016)

0

Gua mula kenal music The Bollocks sejak demo My Friends (1996). Kepekatan Punk dari demo tersebut berterusan setahun kemudian untuk kehadiran demo kedua bertajuk Revolution (1997). The Bollocks merehat panjang selepas itu dan muncul semula menghasilkan album penuh bertajuk Revival pada 2008. Selepas 3 tahun the Bollocks kembali menghasilkan 3 way split CD bersama Millions of Dead Cops (MDC) dan Carburetor Dung dengan tajuk Mabuk Kuasa pada 2011 dan 3 tahun kemudian sebuah split 7″ dihasilkan bersama Opposition Party. 2016 menyaksikan The Bollocks tampil dengan album baru bertajuk Society Collapse.

Adik (Vocals/Bass), Jun (Drums), Tom (Guitars/Vocals)

 Artwork oleh Alak
Tracklist :
1 – Armed In Hate
2 – Media In Craze
3 – Society Collapse
4 – How Hell This War Take Us To The End
5 – Punks In It
6 – Land Ain’t Safe To Live
7 – Death To The Future
8 – The Worlds End
9 – New World Order
10 – The Truth Never Told

Society Collapse menjalani proses rakaman di Kerbauworks, Bangsar Kuala Lumpur sekitar June 2014 sehingga February 2015. Proses rakaman di selenggara oleh Tom dan dibantu oleh Akmal. Tom turut bertanggungjawap dalam kerja2 adunan dan mastering. Society Collapse dipasarkan melalui dua format dimana untuk format vinyl oleh Tandang Records dan kaset oleh Basement Records.

Armed In Hate memulakan chaos namun track kedua Media In Craze nampak lebih menggila dan sesuai benar kalau dibawa untuk persembahan pentas. Straight forward dan jelas meluap2 kemarahan. Society Collapse track ketiga kedengaran sedikit rilek dan antara track agak bermelodi. How Hell This War Take Us To The End pada gua adalah track paling bertenaga, laju dan berat. Hentakan twin pedal yang sekali dengar dah bleh cecah tahap Hardcore kental dan Metal! Feberet track gua! Punks In It masih keras dan kental dan pengaruh Punk jelas diterapkan feelnya kena dengan tajuk track ini. Land Ain’t Safe To Live satu track yg gua rasa dibawa dengan penuh emosi yang bagus. Ini lagu pasal tekanan oleh sistem yang jahat! Death To The Future masih dalam mood previous track. Lirik juga seakan sambungan kesengsaraan berterusan dari kejahatan sistem berpaksikan syaitan. The World End juga seakan sambungan kepada apa yang diluahkan dari track terdahulu. Dah macam epik album plak bila gua follow lagu2 ni sambil baca lirik kt cover sleeve. Topik yang semakin “berat” menjadi luahan penulisan The Bollocks nampaknya. New World Order juga punya mesej memberitahu pasal hal2 berat dunia masakini. Agak “major chord” sikit track ni lagunya agak riang siap ada shout lagi walopon lirik hal2 berat. The Truth Never Told memang kena sebagai penutup. Gua rasa ini track paling “gelap” dan “kelam” mesej yang disampaikan walaupun ini adalah kebenaran.

Teknikalnya,  Society Collapse nampak lebih tersusun komposisi lagu2 nya jika dibandingkan dengan Revival (2008). Punya kelebihan tersendiri dari segi sound produksi walaupun masih dalam katogeri Punk keras yang menjurus kearah Crusty. Tom banyak melakukan solo2 yang lebih kearah feel-in yang boleh kita dengar dari band2 seperti Discharge. Penyampaian vocal oleh Adik juga lebih tepat sebutannya jika dibandingkan dengan Farid yang lebih keras cara sebutannya. Drum dari Jun juga menampakkan lebih kearah penggunaan twin pedal yang lebih tersusun (rakaman yang bagus membuatkan setiap komponen drum kedengaran jelas) dan menambah perisa Punk/Crusty cara the Bollocks.

Untuk pembelian format vinyl boleh didapati dengan harga RM65 by hand (sila hubungi Tandang Records melalui laman sesawang dibawah) manakala pembelian kaset untuk europe pressing (kuning dan hitam) dengan harga RM15 dan Malaysia pressing dengan harga RM8 by hand (sila hubungi Basement Records melalui lawan sesawang dibawah).

* Boleh juga dapatkan tape The Bollocks/Hellexist dengan harga RM10 juga The Bollocks – Demo 1994 reissue dengan harga RM5 yang baru saja dikeluarkan secara limited!

The Bollocks

Facebook
Myspace

Tandang Records
Email
Facebook
Website
Bandcamp

Basement Records
Email
Facebook
Bandcamp 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected