Warfear – Demo (2016)

0

Warfear merupakan 3 piece band dari Melaka. Beberapa info yang diperolehi menyatakan mereka adalah antara individu yang turut terlibat bersama band2 sebumbung seperti Antiprotokol, Melarat, Kerenaneko, Osmantikos and Grin(d)amage. Terdahulu mereka telah menghasilkan demo yang mengandungi 3 buah lagu dan pada 2016, mereka tampil dengan sebuah demo tape yang melalui proses rakaman yang pada gua punya hasil yang bagus dari segi sound produksi.

Fizam (Guitars/Vocals), Kecik (Drums/Vocals), Lan (Bass/Vocals)

Tracklist :
1 – Hunger Games
2 – Dead End
3 – Nothing Remains
4 – State of Hate
5 – Lead By The Bastards

Demo ini merupakan rakaman live yang boleh dikatakan punya kualiti yang agak profesional. IseekMusic merupakan lokasi rakaman yang dilakukan sekitar April 2016 dimana Mokhtar bertindak sebagai jururakam dan juruadun bersama Warfear.

Sesuatu yang berada dalam katogeri “berat”, “penuh amarah” dan “beremosi”. Itu 3 perkara yang gua rasa paling tepat apabila berulang kali demo ini dimainkan. Warfear berada dalam lingkungan Hardcore/Crusty Punk. Pengaruh dbeat jugak agak pekat terutama pada bahagian drum. Sound dan tone gitar jugak agak berat dan “feel in” pada beberapa track mengingatkan gua pada wolfbridget dan band2 melodic hardcore agung dunia. Bass sekadar memenuhi ruang dan sudah cukup tanpa perlu menunjuk-nunjuk untuk genre sebegini. Music yang straight forward, kental dan luapan kemarahan. Gua rasa kesemua track bagus, rancak dan boleh bikin chaos jika dibawa secara live.

Kepada penggemar hardcore/punk/crusty/dbeat adalah disarankan mendapatkan demo ini yang dikeluarkan dalam format tape. Juga kepada mat metal, gua rasa anda juga tidak rugi mencuba music Warfear kerana apa yang mereka hasilkan sebenarnya sudah menjerumuskan sedikit ke arah Metal. Penggemar Wolfpack, Wolfbridage, Tragedy pasti berpuas hati dengan produk ini.

Ok hubungi Warfear untuk pembelian kaset ini melalui link2 yang kami sediakan dibawah. Juga rasanya ada label2 tempatan yang mendistrokan demo ini. Sila dapatkan sebelum kehabisan.


Warfear
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected