Violet Cold – Anomie (Full length, 2017)

0

Sebenarnya bila berbincang tentang Black Metal bercampur-aduk Shoegaze ni, atau Blackgaze panggilan sesetengah pihak, ramai jugak yang seakan disapprove. Tak cukup true la, bastard child of both genre lah, Black Metal yang terlalu happy lah, terlalu accesible lah, banyak lagi.

Band macam Deafheaven, Ghostbath, Les Discrets dan Alcest seringkali dianggap sebagai trendy yang cuba menjadikan Black Metal lebih accesible kepada mainstream audience. Secara peribadi, kalau terbitan band Blackgaze ni cukup menarik dan bagus, saya dah tak peduli dengan stigma yang datang melekat dengan Blackgaze sendiri.

Violet Cold merupakan one-man band dari Azerbaijan. Susah sebenarnya nak mengkategorikan jenis muzik bawaan Emin Guliyev, peneraju Violet Cold ini. Secara generalnya berbunyi Black Metal diadun vibe Shoegaze, DSBM, ambient dan banyak lagi. Saya mungkin salah, heh.

Anomie merupakan keluaran penuh keempat Violet Cold. Band ini nampaknya memang aktif dari segi menerbitkan material. Tahun 2017 sahaja menyaksikan 4 terbitan sudah keluar. Tak pastilah kalau ini boleh diukur sebagai produktif atau apa kan.


1. Anomie
2. She Spoke of Her Devastation
3. Lovegaze
4. My Journey to Your Space
5. Violet Girl
6. No Escape from Dreamland

Bila dengar Anomie buat pertama kali, saya tak boleh lari daripada menyamakan album ini dengan keluaran Deafheaven dan Alcest, terutama dari segi vibe sepanjang album. Tetapi yang membezakan Violet Cold berbanding yang lain adalah tendency Emin Guliyev yang menggunakan approach wall of sound yang dilapisi soaring melodi yang biasanya associated dengan Post-Metal.

Sukar untuk mendengar satu-satu instrument dalam Anomie memandangkan wall of sound menjadikan sound agak sebu. Apatah lagi nak mendengar vokal dengan jelas, saya tak rasa pun Emin menyanyikan dalam bahasa Inggeris. Terdapat vokal wanita yang sekali-sekala muncul dalam beberapa trek dalam album ini. Juga vokal Emin Guliyev memang gaya nyanyian DSBM yang terlolong.

Album ini bermula dengan Anomie yang agak strong juga sebenarnya. Bermelodik dan garang walaupun bunyi yang sebu. Saya awal-awal dah surrender nak cuba faham apa yang dipekik, jadi concentrate sajalah kepada muzik. Saya menyukai sentuhan folk (saya agak influence muzik folk Azerbaijan) di penghujung lagu yang melankolik.

She Spoke of Her Devastation mempunyai approach Shoegaze / Post-Rock yang jelas dengan ambience yang bergema sebelum kembali menderu dengan gitar dan lolongan vokal. Di trek ini saya dah mula rasa jelik dengan vokal gaya DSBM bawaan Emin. 

Lovegaze memanfaatkan permainan synth dan agak jiwang sedikit dengan sentuhan Shoegaze yang dreamy, ditambah pula dengan vokal wanita berbisik-bisik. Pada saya, kalau trek ini tidak mempunyai gitar yang berdesing, ia sememangnya syok sebagai lagu Shoegaze yang melentok, tapi tu lah, gitar bikin potong stim.

Dan baki trek yang seterusnya masih menggunakan style dan approach yang serupa menjadikan album ini stagnant halfway through. Saya agak kecewa dengan album ini yang nampak promising di permulaan, tapi bila trek-trek seterusnya sekadar memakai formula yang serupa, saya mula merasakan Violet Cold bagaikan ketandusan idea. Band yang mempunyai potensi, tapi saya merasakan percubaan Violet Cold menggabungkan Black Metal dengan Shoegaze masih awkward dan tidak mesra. Pada saya, band yang berjaya menggabung dua jenis genre ini di samping DSBM adalah Woods of Desolation. Sungguhpun sound mereka yang gritty, saya masih boleh menerimanya, tidak seperti Violet Cold yang terasa seperti tidak natural.

Untuk peminat: Deafheaven, Alcest, Year of No Light.


Ikuti Violet Cold di Facebook dan Bandcamp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected