Killibrium – Purge (2018)

0

Satu lagi nama baru dalam pergerakan music berat India. Memperjuangkan genre Death Metal, band bernama Killibrium ini tampil secara mengejut dengan sebuah material bertajuk Purge (2018) yang mengandungi 6 buah track yang pada gua menggabungkan elemen Old School yang di blend bersama Modern Metal. Untuk Purge (2018), Killibrium bernaung dibawah label Transcending Obscurity Records dan ianya release secara rasmi pada 5 March 2018.

Mihir Bhende (Drums), Nitin Rajan (Vocals), Suvajit Chakraborty aka Bunty (Bass), Keshav Kumar (Guitars)
Artwork oleh Michal “Xaay” Loranc
Tracklist :
1 – Forewarned is Forearmed
2 – Denominator
3 – Mental Illusions
4 – Vigilante
5 – Purge
6 – Last Man Standing

Purge (2018) melalui laman facebook kemungkinan besar melalui proses rakaman di Mindmap Studio kecuali track drum yang dirakam di Demonic Studio. Ashwin Shriyan yang punya pengalaman bersama Demonic Resurrection, Reptilian Death bertanggungjawap dalam proses mix dan mastering.

Forewarned is Forearmed selaku pengenalan pertama jelas menampakkan betapa kental pengaruh Death Metal yang seakan dipengaruhi Vader, Monstrocity dan seangkatan. Death Metal yang pantas, technical dan brutal.

Denominator pada dasarkan telah dimuat naik ke laman youtube Killibrium sekitar February 2018 bersama track pertama Forewarned is Forearmed. Video lirik yang lebih baik penampilan dan untuk track ini ianya kedengaran lebih berteknikal dan memerlukan latihan yang secukupnya jika dilihat pada kepantasan riff guitar dan strok drum nya.

Bagaimana jika gua katakan track ke 3 berjudul Mental Illusions lebih menggila dari track terdahulu. Ini adalah track yang dimuatnaik oleh pihak label Transcending Obscurity Records. Lebih menggila!

Tetap kejam, Vigilante terus kencang menyerang dengan riffing dan strok drum tanpa memberi sebarang ruang. Dan track seterusnya yang menjadi self-title iaitu Purge menjadi track pilihan terbaik gua. Track terakhir Last Man Standing adalah instrumental berdistortion. Ok, ini keluaran Death Metal yang dalam kadar Brutal dan Technical yang akan menyeksa gegendang telinga sepanjang 24 minit.

Secara keseluruhan, gua berpendapat Killibrium adalah “monster” terbaru yang lahir dari India dan perlu diberi perhatian selain nama2 besar seperti Demonic Resurrection, Reptilian Death, Plague Throat, Gutslit dan beberapa nama besar lain. Purge (2018) adalah buah tangan yang berkualiti dari segi penulisan dan komposisi. “Soul” Death Metal benar2 diterapkan didalam setiap track yang dicipta. Vader dan Monstrocity adalah pengaruh paling kuat yang dapat gua hidu selain Suffocation, Aborted dan band2 berteknikal lain. Purge (2018) menarik kerana setiap track yang tersenarai semakin menggila dari segi teknikal, brutal mengikut turutan. Gua cadangkan pendengar kenali Killibrium melalui laman sesawang yang disertakan dan boleh melakukan pembelian dengan menghubungi Transcending Obscurity Records untuk format fizikal atau digital.

Killibrium
Facebook
Bandcamp
Youtube

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected