Swedish Death Metal!!! Crawl adalah antara nama baru yang memperjuangkan irama sebegini. Rituals (2018) merupakan material susulan selepas penghasilan I : Serpents (Demo 2015) dan Worship Death (EP2015) iaitu material yang released setahun selepas penubuhan mereka. Didatangkan dari Kalmar dan Stockholm Sweden, Crawl dilihat lebih membawa elemen Swedish Death Metal dengan sound klasik seperti era awal Entombed. Rituals (2018) akan berada di pasaran pada 20 August 2018 di bawah Transcending Obscurity Records.

Ämir Batar (Drums), Martin Sjögren (Guitar), Joachim Lyngfelt (Vocals)
Ragnar Hedtjärn Ullenius (Bass – Live)
Artwork oleh Jonas A. Holmberg (This Gift Is A Curse)
Tracklist :
1. Reject The Cross
2. Breathing Violence
3. The Stench
4. Black Ritual
5. Trail of Traitors
6. Sentenced To Rot
7. Cowards
8. Suffer
9. Coven Of Servants

Rituals (2018) boleh gua klasifikasikan sebagai pelepas rindu kepada sound2 klasik Swedish Death Metal. Album yang menjangkau durasi 25 minit ini jelas agak memuaskan hati dan halwa telinga dengan tunjang Swedish Death Metal yang digabung bersama rentak D-beat yang dilajukan beserta sedikit sentuhan Hardcore. Ianya kedengaran agak klasik dan sangat menarik untuk didengari oleh penggemar Death Metal yang pernah melalui zaman awal 90s dahulu.

Rata2 track didalam album dengan total durasi melangkau 25 minit ini adalah tidak menjangkau 3 minit. Ringkas, padat, keras dan old skool!

Dari segi sound produksi, ianya adalah sebuah album yang seakan sepatutnya lahir di era 90s Death Metal. Kelahiran di era modern dengan sound sebegini adalah sesuatu yang patut diberi perhatian oleh penggemar Death Metal. Tone gitar yang kotor beserta bass berdistortion berjaya menghasilkan sound klasik Death Metal seperti apa yang dilakukan Entombed (contoh paling dekat) era 90s, Dismember, Skitsystem. Drumming yang tidak terlalu teknikal sesuai malah menuruti setiap rentak dan beat ternyata memadai untuk mengangkat irama lama sebegini untuk diletakkan dalam acuan music Metal masakini. Gaya pembawaan vocal oleh Joachim Lyngfelt melengkapkan perisa album pertama Crawl ini sebagai antara material yang patut menjadi igauan dan mimpi pendengar2 Old Skool Death Metal.

Secara keseluruhan, gua agak terkejut dengan penghasilan album ini, Crawl berjaya membawa irama Swedish Death Metal dengan baek dan mereka juga berjaya menghasilkan tone agung klasik Death Metal dahulu kala. Sesuatu yang harus diberi pujian dan perhatian!

Crawl – Rituals (2018) akan di keluarkan dalam pelbagai format seperti Boxset LP (beserta LP, poster size A2, logo patches, coster, fridge magnet, sticker dan alternate artwork stiker), LP, CD Boxset (beserta CD, logo patch, A3 poster, sticker & fridge magnet), jewel case CD dan juga t-shirt. Sebarang pembelian boleh berhubung dengan Transcending Obscurity Records atau melayari laman bandcamp mereka. Link disediakan dibawah.

Crawl
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Content protected