The Wandering Ascetic – Crimson (2019)

0

The Wandering Ascetic adalah sebuah band yang memperjuangkan irama Black/Death Metal. Band yang berasal dari Singapore ini telah ditubuhkan sekitar 2011 dan menghasilkan sebuah material bertajuk Manifest Destiny (EP2013) secara indiependent sebelum band ini dilamar oleh Transcending Obscurity Records untuk penghasilan debut album bertajuk Crimson (2019) yang secara rasmi nya akan release dalam format CD pada 19 February 2019.

Jayakumar (Bass), V. Vinz Vinod (Guitars), Kannan K. (Drums), Kathi (Guitars, Vocals)

Artwork oleh Mark Riddick
Layout oleh Turkka Rantanen 

Tracklist :

1 – Eva Braun
2 – I Sing The Body Electric
3 – The Exorcism Of Mrs. Doe
4 – The Gods Bleed!
5 – Beast Of Burden
6 – The Will To Live
7 – To Hell, Back And To Hell Again
8 – Here For The Good Things
9 – Assassins
10 – Orang Laut

Album ini agak lama berada dalam pendengaran gegendang telinga gua. Tarikan pada album ini kemungkinan pada 2 line Rudra iaitu Kathi (Vocal/Guitar) dan Vinod (Lead Guitars) dan menjadi tanda tanya adakah pengaruh Rudra ada didalam album ini. Selain itu tempoh masa 6 tahun selepas kelahiran Manifest Destiny (EP2013) juga mungkin memberi gambaran sedikit kejutan pada music baru mereka.

Ok, Crimson (2019) mungkin boleh gua katakan sebagai sebuah album yang tidak terlalu agresif, namun ia berada dalam konsep nya tersendiri. Ia nya boleh diklasifikasikan sebagai tidak terlalu mid-tempo, masih berpegang kepada tunjang old skool, riffing yang rata2 punya pengaruh Thrash sehingga Death Metal yang tidak terlalu kejam. Tanda tanya berkenaan konsep Black/Death yang dilabelkan oleh The Wandering Ascetic pada pandangan gua lebih kepada roh music ciptaan mereka. Fizikal music tidak menggambarkan Black Death yang pasti akan mengharapkan tahap kelajuan dan agresif tahap maksima.

Pengaruh permainan gitar nampak agak meluas. Kadangkala ada kedengaran bau-bau Pantera, Megadeth, Death dan ianya agak punya kepelbagaian rentak. Drum berada dalam kawalan yang bagus walaupun tidak terlalu teknikal. Tone bass berada dalam kondisi yang baik sebagai latar antara drum dan guitar dan lontaran vocal Kathi rasanya tidak terlalu jauh dari apa yang biasa kita dengar dari karya2 Rudra.

Untuk urusan pembelian, Crimson (2019) dikeluarkan dalam 2 format iaitu digipak (8 panel) CD dan juga format digital. Sila berhubung secara terus dengan band atau label Transcending Obscurity Records untuk urusan pembelian anda.

The Wandering Ascetic
Email
Facebook
Bandcamp

Transcending Obscurity Records
Email
Official Website
Facebook
Bandcamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *