1984 – Dystopia (EP2018)
Rasa nak menulis pasal released ni timbul bila gua cuba2 dengar tape2 yang gua dapat sebagai “hadiah” dari sebuah label underground tempatan setelah gua borong beberapa stuff dari label ni. Memang x pernah dengar sebelum ni apa macam bunyi band bernama 1984 ni dan memang gua langsung xtau dari mana datangnya band ini. Sekali dengar.. perghhh bergetar gegendang telinga! Ok itu mukadimah untuk Dystopia (EP2018). 1984 adalah sebuah band beraliran Crusty yang di blend bersama Black Metal. Berasal dari Jawa Timur, Indonesia, pada gua 1984 bukan calang2 band.
2 – Hound of Panopticon
4 – To the Vulture
3 buah track yang cukup berat, brutal, keras dan kental ini sememangnya boleh menyebabkan anda akan maki dan sumpah seranah kerana rasa gila dan feel yang baru datang tiba2 tamat begitu sahaja. 3 buah track tidak mencukupi. Hanya untuk tape pasaran Malaysia ditambah dengan 2 buah bonus track yang diambil secara live. Untuk penilaian persembahan live (berdasarkan bunyi audio) ternyata 1984 memang padu!
3 track rakaman studio ternyata bersifat profesional dan boleh jual serata dunia tanpa ragu2 dan 2 track live masih berada didalam tahap yang ok.
Kepada penggemar Black/Crusty dengan tempo laju, ini adalah jawapannya. Rindu kan Iskra? Cubalah 1984.. Influences lain yang dapat gua hidu Marduk, Mayhem, Wolfpack, Anti Cimex, Discharge, Wolfbrigade..
Ok, versi asal dari Tarung Records (Indonesia) dalam format kaset sudah sold out iaitu cukup limited sebanyak 50 copies sahaja. Broken Noise (Malaysia) telah mengeluarkan kembali sekitar suku ketiga 2018 dengan penambahan 2 buah live track. Ok, itu sahaja.. Biar music mereka bergerak sendiri dan harapnya akan ada release terbaru dari 1984 untuk tahun ini.